LRA Sungai Semenyih | LUAS siasat kilang dipercayai cetus pencemaran

2022-06-23 0

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan menyiasat sebuah kilang minyak sawit yang disyaki menjadi punca pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada Khamis.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Selangor, Hee Loy Sian, ia selepas siasatan awal mendapati bau solven yang dikesan di Sungai Semenyih sama seperti di longkang berhampiran kilang berkenaan.